Tuesday, December 22, 2009

7. ScoRe BoaRd

4 MumBles
~Assalamualaikum~

Entry kali ini saya nak berkongsi tentang score board ataupun lebih kurang macam token yg guru-guru gunakan sebagai motivasi dan perangsang untuk murid ketika sesi pengajaran & pembelajaran berlangsung.

Score board yang saya buat ini adalah ketika praktikum kali ketiga saya bersama
rakan praktikum
saya.
Score board ini lebih dispesifikkan untuk aktiviti kumpulan yang terbahagi kepada tiga kumpulan dan murid perlu melibatkan diri dalam aktiviti pada setiap stesen.
Guru prasekolah mesti faham kan..hehe
MyEm0.Com

Simple saja...bahagi kpd 3 kumpulan (bulat, segitiga, segiempat~cikgu asal da tetapkan).
Saya dan rakan gunakan sticker biasa saja tuk tampal. Mcm2 sticker menarik yg lain boleh digunakan.

Gantung pada mana2 supaya murid nampak dan akan berusaha utk saingi kumpulan lain.

Menggunakan nama yang menarik untuk setiap stesen.
Ini stesen SpongeBob.

Ini stesen Dora The Explorer.

Ini stesen Wonderpet.

Saya dan rakan menggunakan istilah
"Sekarang kita akan pergi melawat SpongeBob pula".
Murid suka macam nie...
Mereka excited sgt nak melawat "kawankawan" mereka di setiap stesen.
Ini secara tidak langsung menjadikan aktiviti kumpulan menarik sekali.
MyEm0.Com

Selain itu, saja juga memberikan sticker kecil ini bagi setiap hasil kerja murid yg memuaskan.
Ini sebagai motivasi kepada mereka untuk lebih berusaha pada masamasa akan datang.


Selamat mencuba semua!
MyEm0.Com

P.S: Kita harus tekal dan adil dalam memberi ganjaran kepada murid kan?kadangkadang macam susah juga tue..kena peka dengan semua murid...tp, insyaAllah kita boleh!=)

Monday, December 14, 2009

6. Congkak Saranghae (Sarang Telur)~

3 MumBles
~Assalamualaikum~

......Setelah sekian lama blog cikgu ini menyepi......
Cikgu Kembali
MyEm0.Com
Entry kali ini adalah tentang cara-cara nak hasilkan congkak
dengan menggunakan sarang telur.

Mari kita lihat!

Bahan-bahan yang diperlukan:

1. sarang telur
2. warna air
3. berus, gunting
4. bekas plastik kecik-bekas dadih (utk rumah congkak)
5. guli (ketika bermain congkak)

Cara-cara menghasilkan congkak:

1. Potong sarang telur menjadikannya enam lubang (patutnya congkak 7 lubang).
2. warna kan sarang telur ini. (warna-warni@warna coklat je).
3. lekatkan bekas plastik kecil di kanan n kiri sarang telur sebagai rumah congkak.
4. masukkan guli ke dalam setiap lubang
5. bersedia untuk bermain!






Kegunaan utk GURU:
  • Congkak ini boleh dihasilkan terlebih dahulu oleh guru dan diletakkan di sudut Kreativiti&Estetika dalam prasekolah untuk kegunaan murid.
  • Congkak ini juga boleh digunakan oleh guru untuk mengajar murid ketika Tema Permainan Tradisional.

Kegunaan utk MURID:
  • Murid yang menghasilkan sendiri congkak ini dalam apa2 aktiviti bagi komponen Kreativiti dan Estetika.
  • Congkak yang telah terhasil ini seterusnya boleh digunakan oleh murid untuk menguasai subjek awal matematik dengan mengira buah-buah di dalam setiap lubang congkak ketika bermain.
Mudah dan Menarik kan???
Mari kita samasama mencuba disamping menerapkan
budaya cintakan alam sekitar kepada murid-murid dengan menggunakan bahanbahan terpakai...

cikgu semuanya
bijak!
MyEm0.Com

 

KiDz tO yOu :) Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez