Tuesday, December 22, 2009

7. ScoRe BoaRd

4 MumBles
~Assalamualaikum~

Entry kali ini saya nak berkongsi tentang score board ataupun lebih kurang macam token yg guru-guru gunakan sebagai motivasi dan perangsang untuk murid ketika sesi pengajaran & pembelajaran berlangsung.

Score board yang saya buat ini adalah ketika praktikum kali ketiga saya bersama
rakan praktikum
saya.
Score board ini lebih dispesifikkan untuk aktiviti kumpulan yang terbahagi kepada tiga kumpulan dan murid perlu melibatkan diri dalam aktiviti pada setiap stesen.
Guru prasekolah mesti faham kan..hehe
MyEm0.Com

Simple saja...bahagi kpd 3 kumpulan (bulat, segitiga, segiempat~cikgu asal da tetapkan).
Saya dan rakan gunakan sticker biasa saja tuk tampal. Mcm2 sticker menarik yg lain boleh digunakan.

Gantung pada mana2 supaya murid nampak dan akan berusaha utk saingi kumpulan lain.

Menggunakan nama yang menarik untuk setiap stesen.
Ini stesen SpongeBob.

Ini stesen Dora The Explorer.

Ini stesen Wonderpet.

Saya dan rakan menggunakan istilah
"Sekarang kita akan pergi melawat SpongeBob pula".
Murid suka macam nie...
Mereka excited sgt nak melawat "kawankawan" mereka di setiap stesen.
Ini secara tidak langsung menjadikan aktiviti kumpulan menarik sekali.
MyEm0.Com

Selain itu, saja juga memberikan sticker kecil ini bagi setiap hasil kerja murid yg memuaskan.
Ini sebagai motivasi kepada mereka untuk lebih berusaha pada masamasa akan datang.


Selamat mencuba semua!
MyEm0.Com

P.S: Kita harus tekal dan adil dalam memberi ganjaran kepada murid kan?kadangkadang macam susah juga tue..kena peka dengan semua murid...tp, insyaAllah kita boleh!=)

Monday, December 14, 2009

6. Congkak Saranghae (Sarang Telur)~

3 MumBles
~Assalamualaikum~

......Setelah sekian lama blog cikgu ini menyepi......
Cikgu Kembali
MyEm0.Com
Entry kali ini adalah tentang cara-cara nak hasilkan congkak
dengan menggunakan sarang telur.

Mari kita lihat!

Bahan-bahan yang diperlukan:

1. sarang telur
2. warna air
3. berus, gunting
4. bekas plastik kecik-bekas dadih (utk rumah congkak)
5. guli (ketika bermain congkak)

Cara-cara menghasilkan congkak:

1. Potong sarang telur menjadikannya enam lubang (patutnya congkak 7 lubang).
2. warna kan sarang telur ini. (warna-warni@warna coklat je).
3. lekatkan bekas plastik kecil di kanan n kiri sarang telur sebagai rumah congkak.
4. masukkan guli ke dalam setiap lubang
5. bersedia untuk bermain!






Kegunaan utk GURU:
  • Congkak ini boleh dihasilkan terlebih dahulu oleh guru dan diletakkan di sudut Kreativiti&Estetika dalam prasekolah untuk kegunaan murid.
  • Congkak ini juga boleh digunakan oleh guru untuk mengajar murid ketika Tema Permainan Tradisional.

Kegunaan utk MURID:
  • Murid yang menghasilkan sendiri congkak ini dalam apa2 aktiviti bagi komponen Kreativiti dan Estetika.
  • Congkak yang telah terhasil ini seterusnya boleh digunakan oleh murid untuk menguasai subjek awal matematik dengan mengira buah-buah di dalam setiap lubang congkak ketika bermain.
Mudah dan Menarik kan???
Mari kita samasama mencuba disamping menerapkan
budaya cintakan alam sekitar kepada murid-murid dengan menggunakan bahanbahan terpakai...

cikgu semuanya
bijak!
MyEm0.Com

Monday, November 2, 2009

5. Suku Kata LadyBird~

6 MumBles
~Assalamualaikum~
Entry kali ini adalah untuk aplikasi guru sendiri...
Guru bule gunakan ladybird ni utk mengajar murid suku kata sekaligus dan bule menghias kelas dengan ceria dan menarik sekali...


Bahan-Bahan yang diperlukan:
1. pinggan kertas

2. water colour/pelaka

3. kertas keras warna hitam (utk kaki ladybird)
4. suku kata (print n liminate)

Cara menghasilkan ladybird ini:

1. guru tentukan dahulu suku kata yang hendak digunakan.
2. taip, print dan liminate (utk tahan lbih lama) dan gunting.

3. warnakan dua keping pinggan kertas mengikut warna yg disukai (bhgn luar pinggan).

4. setelah warna kering, cantumkan kedua-dua pinggan kertas ini dengan meletakkan kaki ladybird ditengah-tengahnya.

5. tampalkan suku kata pada kedua-dua belah bhgn luar pinggan kertas.

6. guru boleh menambahkan mata utk nmpk lebih real.
7. akhir sekali, guru boleh menggantung atau menampal pada mana-mana bahgn kelas agar murid dapat memerhati dan membacanya. Bina rutin@tabiat pada murid agar mereka dapat memanfaatkan suku kata ladybird ini dengan sebaiknya.

warnakan pinggan kertas dengan apa2 warna yg disukai
(tp mcm merah yg plg sesuai kan?)

da siap diwarna n diletakkan kaki ladybird
suku kata sudah ditampalbule menggantung@tampal dimana2 yang sesuai

Nampak mcm susah je kan?
Tp tak susah pun n enjoy sebenarnya bila wat benda ini....
Best..n kelas pun cantik...

Selamat Mencuba!

MyEm0.Com

Tuesday, October 20, 2009

4. Getah::.

0 MumBles
Aktiviti kali nie sesuai untuk komponen fizikal...
Tp aktivti nie mudah sesangat..
Cikgu leh apply aktiviti nie klu nak main dalam kelas ja...
Mana taw time tue hujan n tak leh kuar g playground...
Aktiviti nie sesuai utk hp 2.3.1
membaling objek ke sasaran...

Bahan yang diperlukan hanya
Getah...
Ala..getah yang dok ikat makanan tue...

Cara-cara bermain:
1. Bantu murid membentuk bulatan (boleh bermain sama ada dlm keadaan duduk @ berdiri).
2. Beri setiap murid 10 gelang getah.
3. Guru meletakkan getah pertama di tengah2 bulatan.
4. Murid membaling getah supaya getahnya bertindih dengan getah sedia ada.
5. Murid akan mengambil semua getah yang berjaya ditindih.
6. Giliran murid adalah mengikut bulatan (@ terpulang kpd guru).
7. Pemenang boleh ditentukan melalui murid yang mempunyai jumlah getah paling banyak.

Permainan nie ala-ala permainan tuju guli...
Modifikasi daripada permainan tue la...
Mudah n simple kan..MyEm0.Com
Getah kt tengah2 tue..tak nmpk sgt..


Selamat Mencuba!
MyEm0.Com

Thursday, October 15, 2009

3. Kolam : : :

8 MumBles
Kolam...
bukan kolam yang mandi tue...
tapi kolam nie berkaitan dengan adat budaya org India...
so, klu tgh mengajar tema perayaan kat budak2..
bule la apply aktiviti nie kt budak...

saaaagt simple.....

Jom buat sama2..=)

Bahan-bahannya:
1. kolam's template(internet banyk)
2. beras@sagu
3. water colour

Cara-cara buat kolam:
1. warnakan beras dengan water colour (pilih warna-warna ceria pun takpa. budak suka ceria)
2. print kolam's template@lukis sendri (ramai yg pandai melukis)
3. bg stiap kumpulan beras (at least 3 warna la)
4. suh budak isi beras dlm ruangan template.
5. siap la..=) hehe

selesai mewarnakan beras dgn water colour
contoh hasil kerja murid (beras tampal dalam ruangan template)

yang ini lagi la budak sonok buat...MyEm0.Com
klu wat dlm kumpulan..template kolam nie bg besar skit...
klu individu..saiz A4 da ckup...

Selamat mencuba!=)

2. BunGa Saya!

0 MumBles
Praktikum yang lalu...sy sempat creat aktiviti nie tuk budak...
Cara nak laksanakan mudah aja..
Cuma nak sediakan bahan tue yg ambil masa klu wat sorg2 sbb nak sediakan bahan utk 25 org murid...jwbnya?
tak tdo mlm la
..hehe..MyEm0.Com

Antara bahan-bahannya:
cawan kertas
straw
dough
daun
bunga
gambar budak
hiasan

Cara nak buat Bunga Saya:
1. Ambil cawan kertas, masukkan segenggam dough(nak bg stabil).
2. Ambil bunga (kertas bentuk bunga), tampalkan gambar murid(gmbar msg2).
3. Masukkan bunga ke celah hujung straw (potong skit hujung dia).
4. Tampalkan daun pada straw.
5. Cucuk straw pada dough yg da ada dlm cawan kertas tue.
6. Ambil hiasan (apa2 pun bule; sticker, rambu2) n hiaskan keliling cawan kertas yg kosong tue.


Nie salah satu contoh...ada sticker atas tu

Ini Bunga cikgu..hehe

Hasil kerja satu kelas..


Try la buat..=)
Mst budak suka sbb ada gmbar mereka sendiri kt situ...
Masing-masing tak sabar nak bw bnd Bunga nie balik umah...

1. Preschool Teacher..

0 MumBles
Wanna be a preschool teacher?
so this is my first step n first try to make myself ready for it...
have lots of preschool activities that teacher can apply for their lovely kidz...
Let's try together..=)
 

KiDz tO yOu :) Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez